Sunday, October 3, 2010

Magika best

semalam,

kak inda ajak muni keluar sebab nak belanja dia pasal make up pengantin hari tu. muni ajak aku untuk teman, tapi aku malas keluar kalau jauh sangat. so, jumpa dekat klcc, mak suruh bawa gg sekali sebab mak nak keluar juga, ade urusan di Legend Hotel. tapi. bila kak inda call balik, bagi tau mak ila pun ikut sam, kami adik beradik pun ajak mak ikut sekali. aku memang da plan nak tengok wayang. so mak pun kata ok la, sebab mak pun dah lama tak masuk panggung. mak kata last die tengok wayang masa umur along aku 7tahun, pergi tengok berdua dengan along.. kira-kira dah dalam 24 tahun mak dah tak keluar berhibur pergi panggung.

so, dengan kesempatan ini, aku mengajar mak pergi menaiki kereta yang pada mulanya, mak ajak naik bas.. bila da sampai klcc, menggelabah jugak kami nak masuk parking, mane tak nya, selalu mak tolong hantar aku pergi klcc je, kali nie nak kene cari parking, ingat nak parking kat Pelita. tapi penuh. so kami pun masuk parking klcc.. memang la mahal bayar. tapi berbaloi kalau kami pergi naik bas bersesak dengan jalan ampang yang sentiasa jem. aku siap snap gambar kat parking sebab takut terlupa mana kami parking n takut tak jumpa pulak kereta nanti.


sampai je kat dalm suria klcc, aku dan gg pergi beli tiket dulu, sementara mak dan muni pergi maybank dan tunggu kak inda dan mak ila sampai. sampai tingkat TGV Cinemas. aku mula beratur. panjang.. baru 5min aku beratur, ada announcement untuk pnjualan tiket Magika dan ada 2 movie lagi di kaunter 6, terus aku bergerak. selesai beli tiket, nasib tak payah beratur panjang. sebelum turun ke kfc, aku singgah mcd dulu, beli cornetto sundae chocolate. mak suka sangat.



lama jugak kami semua lepak kat kfc tu, makan biar puas. sampai habis. sementara nak tunggu masuk panggung pukul 3.50pm. dekat 2jam la kami kat situ. hehe tapi bila makan sambil bersembang, tak rasa mana pun 2jam tu. tiba je masa yang sesuai, baru kami bergerak naik atas. sampai-sampai je, no bilik dah dipamirkan, so, kami teros masuk.. kami duduk sit baris 3 dari belakang. boleh dikatakan penuh jugak la. sampai bawah, semunya ramai yang datang dengan family.



bila cerita da mula, baru aku tau, Magika tu sebenarnya cerita musikal.. aku mula rasa mesti tak best cerita ni. tapi aku dengar kat radio era, ramai kata best. so aku layan jela. kebanyakannya, semua skrip disampaikan dalam bentuk lagu, dan lagu dia semuanya best. enjoy je..


Magika cerita mengisahkan seorang budak yang bernama Malik, degil dan dalam kesedihan kerana kehilangan ibunya kerana, pembedahan buah pinggang untuknya. kakak dia nama ayu. so, petang tu, malik mengamuk sikit, lari masuk hutan. tok wan suruh ayu cari malik sebelum kene sorok dengan bunian. malik terdengar suara perempuan menyanyi dari dalam sebuah perigi, bila dia mendengar lebih dekat, malik terjatoh dalam tu. lepastu.... (penatla cerita, lagi best kalau korang tengok sendiri and enjoy dengan lagu2 yang disampaikan.) hehehe tengok la... ramai artis yang terkenal berlakon dalam tu.. antaranya, maya karin, aznil, nabil, ziana zain, raja azura, mawi,apek.. ramai sangat la...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...