Wednesday, July 24, 2013

Preparation

Apa ye?

kalau dikira secara kasar dalam 4 bulan lagi. Rasa macam lama . tapi sebenarnya pejam celik dah sampai tariknya. so, persoalannya, ape yang perlu dipersiapkan ? kalau tengok orang lain 6 bulan sebelum dah siap dengan check list. aku ? hahaha apa pun takda.

kalau la duit banyak bergunung-gunung , boleh suruh wedding planner yang tolong fikirkan . hulur saja kertas kepala agong, pasti beresss !

mana satu perlu diutamakan ?
Assigment or wedding preparation?


ok, malas nak fikir. nanti lah. heeee :)

Friday, July 19, 2013

Darah Manis ???


Salam Ramadhan,

lama menyepi, bila tengok last post, baru sedar dah 2 bulan berhabuk.

orang selalu kata, tempoh selepas bertunang hingga saat sebelum nikah tu darah manis. betul ke darah merah yang mengalir dalam salur darah ni manis? ...

mitos? tapi ada benarnya juga kadang-kadang. macam peristiwa tempoh hari, Mak Ila larang abi panjat pokok mangga. katanya sebab darah manis, nak kahwin dah. nanti jatuh.

ada juga 2,3 orang mak cik suruh  jaga diri, katanya darah manis.

Whatever la, tapi sekarang ni, dalam pemerhatian aku sepanjang 3bulan lebih menjadi tunangan orang, perselisihan faham yang banyak. kadang-kadang bila abi marah macam tak sangka dia boleh jadi macam tu.

tulah kot penangan darah manis... memang kena banyak bersabar, bila setiap kali abi jadi api yang membara-bara, aku kena lah jadi air hujan yang lebat.

Ya rab, permudahkanlah segalanya.


S.A.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...