Wednesday, March 28, 2012

Kemarahan yang Dikesali

sudah lebih 22tahun diri aku hidup bersama nyawa yang dipinjamkan oleh Allah Taala. Tapi kadang-kadang aku sendiri masih tidak mengerti dengan hatiku ini. hummmm.. persoalan yang sering menjadi tanda tanya. kenapa aku lembut hati? kenapa aku mudah kesian kat orang? 


ok. baru je 10minit aku lepas marah gg. (adik bongsu) kesalahan yang dia lakukan adalah, maen tabung die. dia cuba nak congkel keluar duit 10sen. aku dah cakap lebih tiga kali suruh die berhenti buat sebab bising. tapi die yang degil. selang beberapa saat, aku warning lagi dan pandang arah die. tapi die masih tak endahkan ape yang aku cakap. aku suruh die keluar dari bilik aku. suruh die pergi buat kat depan ke dapur ke. tapi die masih macam orang peka yang langsung takde dengar apa-apa. aku warning die lagi yang aku akan campak botol tabung die tu. tapi dia masih lagi sebuk congkel tabung. Kesabaran aku memang tidak tertahan lagi.


sepantas kilat aku rampas tabung die dan campak kat lantai keluar dari bilik aku. Puas rase hati nie. dan gg masih lagi duduk dibucu katil aku. aku keluar bilik 2minit selepas tu. tapi hati nie. rase bersalah pulak. kenape aku kena buat macam tu? kenapa aku tak terus keluar bilik je tinggal kan die yang sedang sibuk dengan tabung die.? hummmmm


setiap kali lepas marah seseorang mesti rase macam nie. aku yang marah orang, tapi kenapa mata aku yang berkaca nak menganis? betul ke apa yang patut aku rase nie? atau aku patut kena keraskan hati supaya takde  dan tak mudah rasa simpati kat orang.


dari mula aku menaip entry ini, sehingga sekarang dah 20minit lebih, gg masuk bilik depan dan tutup pintu. tak tau la ape yang die buat. 


sorry gg. :'(

Saturday, March 24, 2012

Hanna Pray.

Hi...........
its me again!
hohohoho

ok.. hari nie kita tengok hanna pray je la...
lawak. die saje bace kuat-kuat bila tengok aku tengah record.
aku pun tak tau surah ape yang die baca.
sujud dengan berdiri tegak same je bacaannya. hahahaha


satu lagi video hanna lepas solat. tp sikit je la.


Tuesday, March 20, 2012

Hasil Baucer Buku 1Malaysia

entry kali ini adalah untuk menayangkan hasil daripada belian menggunakan baucer buku 1Malaysia. Semua pelajar dapat kan, tak kira full time ke part time ke, janji dah status nya pelajar layak dapat. Pelajar IPT dan STPM je la. budak sekolah rendah dah dapat bantuan lain. 

4 keping baucer bernilai Rm50 setiap satu.


ok. mari lihat gambar.


Pembelian Kali Pertama

menggunakan satu baucer sahaja... total amount tak ingat. tapi rasanya aku kena tambah duit dalam RM4.
hasil belian dari Popular Ampang Point.



Pembelian Kali Kedua

Masih menggunakan satu baucer. kali ni kena tambah duit Rm6 kalau tak silap. dan masih lagi hasil belian dari Popular Ampang Point.



Pembelian kali Ketiga

kali nie menggunakan 2 keping baucer. malas nak simpan dah. takut nanti lupa pulak tarikh luput. rugi ja nanti. so, kali ke3 adalah hasil belian dari MPH Great Eastern Mall. setiap pembelian Rm100 menggunakan baucer dapat baucer mph Rm5. so, total kali nie Rm106. dan dapat la baucer Rm5 yang hanya blh dipakai dalam masa 2bulan shj.  kesana lagi la aku nmpaknya nk perabiskan baucer MPH Rm5 tu..


Sekian sahaja, laporan dari ketua mahasiswi Universiti Utara Malaysia cawangan Kuala Lumpur.



Monday, March 19, 2012

Separuh Semester III

ok, baru beberape hari habis exam mid term. secara jujurnya memang x bersedia 100% pun untuk exam kali ni. walau pun dah study. tapi tak semua aku dapat cover secara overall. walau pun hanya tiga paper je. tapi tak tau la ape yang buat aku malas sangat. langsung takda buat nota. maybe sebab minggu exam tu jugak sebuk nak hantar beberape assignment tambah pulak nak hafal speech dan dalam minggu yang same nak kne buat video roleplay. 

Alhamdulillah, lega semuanya dapat aku hadapi dengan tenang. tapi kalau tak dapat jawab exam mungkin tak tenang kot. hahaha exam kali nie memang susuh. nak menangis tengok soalan. sebelum nie lect kata soalan berbentuk isi tempat kosong n struktur. sekali keluar semuanya essay. ade essay pendek yang mana satu soalan markah die cuma 10markah. essay panjang pulak dalam 30markah. ekonomi yang paling teruk. 3 soalan je. tapi setiap satu soalan membawa markah lebih 30. 

ok, seperkara lagi. sala satu assignment aku adalah menyediakan satu kajian kes mengenai kes-kes terkini yang boleh dijadikan program dalam subjek kemasyarakatan (ko-k). aku memang malas dan masa yang tidak mencukupi membuatkan aku ambil jalan mudah. aku hanya ambil program kertas kerja sem1 untuk dijadikan kajian. kebetulan pulak 6bulan kebelakangan nie ade berita mengenai kes aku tu dalam akhbar. so, lagi la senang aku nk copy,paste and edit. hahaha  semasa pembentangan dalam group untuk pilih kajian kes sapa paling sesuai untuk dijadikan program untuk ko-k sem4, kajian aku terpilih. so, dari situ... aku dicadangkan dilantik sebagai pengerusi. tapi aku tolak. sebab takda pengalaman nak handle program. so, aku dilantik sebagai timbalan pengurusi. ohh ye.. kajian kes aku adalah berkaitan taman permainan yang tidak diselanggarakan. so, group aku akan membaikpulih dan menceriakan taman permainan.

ok lah. sampai sini dulu. ade masa, aku akan kembali lagi menaip.

sekarang mau sambung buat proposal program. :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...