Friday, July 23, 2010

Kisah antara Aku dan Dia


Sejak kecil lagi... hubungan kami memang macam anjing dan kucing..
patang betul aku kalau gadoh dengan die... kemenangan mesti berpihak kepada dia..
aku dilahirkan setahun lebih awal dari dia.. dia yang pernah ku benci sejak kecil..
masih tak hilang di ingatan ketika aku di tumbuk oleh nya.. membuatkan nafasku sesak..

tapi.. semenjak aku berusia 16thn dan dia berumur 15 tahun... kami mula rapat..
ini disebabkan.. waktu persekolahan yang sama diwaktu pagi... 
hampir setiap hari kami pergi sekolah bersama..
dia mula berubah dan rapat dengan ku..
segala rahsia.. pahit manis kami kongsi bersama... 
sehinggakan ramai yang mengatakan kami pasangan kekasih.
setiap perkara harian ku akan ku ceritakan kepada nya.. begitu juga sebaliknya..

Aku amat bersyukur kerna dia seringkali ada dikala aku kesusahan..
tidak pernah aku lupa kan setiap kali kami keluar bersama..
Apa saja yang tekak ku ingin kan.. dia pasti akan tunai kan...
Dia seorang yang caring, sampaikan aku mempunyai rasa cemburu bila melihat hadiah yang ingin dihadiahkan kepada buah hatinya..

Sehinggalah aku menetap di jitra untuk menyambung pengajian ku..
dia masih mengingatiku, acap kali msg darinya ku terima.. sebagai pengubat rindu..
dia juga pemberi semangat dikala aku ingin menghadapi peperiksaan..

Aku sangat gembira pabila mendapat berita dia juga mendapat tawaran di UTM,
walaupun aku hanya di politeknik... aku tetap bangga dan tidak setitik pun hasad dengki ku berputik,
dalam masa pembelajaran nya disana.. aku masih lagi berhubung dengan nya..

TAPI,
awan tidak selalu cerah,
langit gelap dibelakang,
hubungan kami... goyah..masalah menimpa.. sebaik saje dia ditimpa kemalangan yang mengakibatkan tangan kirinya patah.. kami mula renggang... dia tidak mahu aku memberi tahu keluarga keadaan nya.. tapi, aku tetap berkeras.. semenjak itu... dia tidak lagi menghubungi ku.. malah tidak mahu berkata sepatah pun bila ku berada disisinya..

Sehingga hari ini... aku masih kehilangan dia.. walaupun dia berada didepan mata..
mungkin ini salah ku, kerana mengikut kata hati... aku rindukan nya...
baru kini ku sedar kesilapan ku... setelah aku berusaha untuk memulihkan kembali hubungan kami..
marahnya terhadap ku tidak pernah hilang disebabkan aku tidak melihatnya dihospital ketika itu..

Ini semua salah faham, malam itu, aku sudah pun berada di luar hospital.. 
tapi aku diarahkan pulang oleh seseorang.. 
Hari ini... harapan ku untuk bersama dengan dia semakin cerah.. tapi tidak ku pasti sampai bila cerah itu akan menjelma... aku berterima kasih kepada saudara yang memberiku harapan dan semangat untuk terus mencari semula orang yang pernah aku kasihi dulu... Thanks a lot Tuan Ahmad Firdaus.

Yaallah... semoga engkau temukan kembali dia kepada ku... dengan kasih dan sayang yang pernah terjalin antara kami adik beradik.

~ miss him so much !!! ~
Syukri Alif Kamarudin

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...