Friday, June 11, 2010

Sayang ku mengapa dikau..

kenapa kau buat hal disaat aku memerlukan dirimu.... adakah engkau mempunyai masalah kesihatan sampaikan kau menyusahkan diriku... tapi kenapa tak bagi tau awal-awal... nie tak! tibe-tibe je ko buat hal.. ikut suke kau je nak wat hal... kau langsung tak fikirkan perasaan aku dan orang lain... agaknya, kau saje nak rosakkan segalanya...

Atau mungkin barang kali kau kecil hati bahawasanya aku mungkin mendapat pengganti dirimu... tapi itu semua belum ditentukan lagi... kenapa harus kau berbuat demikian kepadaku... setelah 3 tahun lebih aku menyayangi diri mu... setiap saat bersama mu, kemana saja aku bawa kau bersama... inikah balas yang aku patut perolehi dari mu... sungguh kejam...

Atau mungkin ini salah pilak ke3.. dimana tidak mahu aku berhubung dengan sesiapa... tapi tidak mungkin... aku yakin bahawa kau telah merajuk dengan setiap perbuatan ku terhadap dirimu...

Maafkan lah diriku sekiranya aku telah gagal menjagamu dengan baik.. tapi tolanglah... aku masih perlukan dirimu wahai sayang ku NOKIA N70.

(cerita diatas hanyalah rekaan semata-mata, tidak ada kena mengena antara yang hidup atau pun yang telah meninggal dunia.. hehe)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...