Wednesday, March 28, 2012

Kemarahan yang Dikesali

sudah lebih 22tahun diri aku hidup bersama nyawa yang dipinjamkan oleh Allah Taala. Tapi kadang-kadang aku sendiri masih tidak mengerti dengan hatiku ini. hummmm.. persoalan yang sering menjadi tanda tanya. kenapa aku lembut hati? kenapa aku mudah kesian kat orang? 


ok. baru je 10minit aku lepas marah gg. (adik bongsu) kesalahan yang dia lakukan adalah, maen tabung die. dia cuba nak congkel keluar duit 10sen. aku dah cakap lebih tiga kali suruh die berhenti buat sebab bising. tapi die yang degil. selang beberapa saat, aku warning lagi dan pandang arah die. tapi die masih tak endahkan ape yang aku cakap. aku suruh die keluar dari bilik aku. suruh die pergi buat kat depan ke dapur ke. tapi die masih macam orang peka yang langsung takde dengar apa-apa. aku warning die lagi yang aku akan campak botol tabung die tu. tapi dia masih lagi sebuk congkel tabung. Kesabaran aku memang tidak tertahan lagi.


sepantas kilat aku rampas tabung die dan campak kat lantai keluar dari bilik aku. Puas rase hati nie. dan gg masih lagi duduk dibucu katil aku. aku keluar bilik 2minit selepas tu. tapi hati nie. rase bersalah pulak. kenape aku kena buat macam tu? kenapa aku tak terus keluar bilik je tinggal kan die yang sedang sibuk dengan tabung die.? hummmmm


setiap kali lepas marah seseorang mesti rase macam nie. aku yang marah orang, tapi kenapa mata aku yang berkaca nak menganis? betul ke apa yang patut aku rase nie? atau aku patut kena keraskan hati supaya takde  dan tak mudah rasa simpati kat orang.


dari mula aku menaip entry ini, sehingga sekarang dah 20minit lebih, gg masuk bilik depan dan tutup pintu. tak tau la ape yang die buat. 


sorry gg. :'(

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...