Sunday, December 4, 2011

Going Up ~ Sg.Petani+Penang (Part 1)

tiba masanye, giliran aku pula ke utara mencari sang romeo yang dirindui...

berbulan lama nye merancang , akhirnya saat yang dihitung telah berlalu begitu pantas . sudah seminggu berlalu , baru kini terasa untuk menceritakan saat manis bersama abi di sana .

pada mulanya, aku bercadang untuk menaiki bas pada sabtu pagi supaya aku boleh sampai sana bila abi sudah habis kerja separuh hari . tapi , abah abi pula cadangkan untuk aku menaiki train KTM . Ya, memang excited aku mendengarnye ketika itu kerana belum pernah lagi aku menaiki train pada waktu malam untuk travel jauh . Yang selalu menjadi kebiasaan adalah train LRT , Putra , Monorail .

Baru bulan 9, aku sudah sedia mendaftar di KTM online untuk menempah tiket , takut-takut tak ada tempat untuk aku booking katil . Tapi , awal bulan 11 baru dia bukak tempahan . ada jugak rezeki untuk merasa . Alhamdulillah, takde la abi risau sangat sampai tak tidur tunggu aku sampai . keselamatan lebih terjamin daripada naek bas tengah malam , sekarang pun dah macam-macam kes kemalangan bas dalam berita . sungguh menakutkan .

Train bertolak pada jam 9.20 malam (25hb November) , dan dijangka tiba pada jam 6.02 (26hb November).  Pada 25hb tu, terasa sangat la lambat jarum pendek jam nak bergerak untuk bertukar. Dekat office pun tak boleh nak duduk diam , takda mood nak buat kerja . Mood yang ada hanya lah untuk travel dan dating dengan abi di Penang. 

Kebetulan Jumaat tu along baru balik dari memancing , datang rumah untuk bagi ikan , so.... dengan keadaan mak yang tak sihat , along ambil tanggungjawab untuk hantar aku ke Lrt. Pada mulanya along nak terus hantar ke Sentral KL , Tapi.... jalan jem... along hantar aku dekat Putra Damai... 3 station lagi untuk sampai terus dalam Sentral KL. Alhamdulillah, aku sampai awal , boleh dikata kan itu kali pertama aku sampai sana , memang macam tak tentu arah mula-mulanya . macam orang kampung baru sampai KL. hehehe.... Disana terdapat pameran atau jualan buku/majalah/novel dengan harga yang murah. aku ambil keputusan untuk beli satu novel nipis sebagai teman di dalam train nanti. 

Selesai membeli novel dan mineral , aku terus menuju ke kaunter KTM untuk mendapatkan penerangan selanjutnya mengenai tiket yang aku beli secara online yang sudah diprint. Kalut jugak aku mencari arah yang diberikan oleh akak yang menjage kaunter tu. Nasib baik jumpa . pada masa tu ade lagi 20minit sebelum gate laluan ke train akan dibuka. ramai betul yang berkumpul masa tu, kebanyakannya dikalangan ahli keluarga, dan ada juga rombongan yang ingin ke Langkawi . 

Aku merupakan orang antara yang terawal menuruni anak tangga untuk menuju ke train KTM . memang panjang betul KTM ni . Katil ku berada di gerabak yang ke-2 . semua sekali ade lapan gerabak .  pandai abi pilihkan katil untuk aku . bersebelahan dengan tandas dan hanya melintasi satu gerabak sahaja untuk sampai ke cafe . 
Menuju Pintu Masuk L2.... jauh benor...

Sangat teruja bila sampai dikatil . mujur dapat katil bawah . senang nak kemana-mana . tak payah nak panjat tangga besi . Puas hati dengan pemandangan tingkap yang besar dari katil atas . cuma agak bising sedikit sebab berada betul2 sebelah pintu yang bersambung ke gerabak sebelah . Tapi tiada masalah lagi kalau kite sumbatkan earphone dan pasang lagu kuat-kuat . hehehehe


Gerabak L3 yang terpaksa dilintasi untuk sampai ke cafe.

 Cukup selesa untuk tidur....



Sepatutnya ada para untuk letak bag. tapi kat katil aku takde pulak. kecewa cket.

Dari bertolak hingga sampai ke sg.petani langsirku begitu sahaja... takda masa nak selak2 untuk tengok dah sampai mana....



to be continue..... :) 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...