Sunday, January 3, 2010

“ Hidup bukan Mimpi dan Mimpi tak mungkin jadi reality”

Bismillahirrahmanirrahim….


Selamat tinggal 2009,
Tahun yang penuh dengan dugaan onak dan duri,
Selamat tinggal kenangan, kenangan yang memberiku pengajaran bererti,
Selamat tinggal segalanya, semoga ia akan menjadikan ku lebih berani…


2010 yang dinanti kini telah tiba..
Selamat datang ku ucapkan…
Semoga dengan kehadiran mu akan memberi ku semangat baru,
Semangat yang tak mungkin pudar…
Bersyukur ke hadrat illahi kerana aku tenang menghadapi saat-saat akhir 2009,
Saat yang mengubah diriku menjadi lebih matang dan dewasa…


Hanya ku pinta semoga Sang Mentari akan terus menyinari diriku,
Semoga engkau tabah dan sabar menghadapi hari esok bersamaku,
Semoga engkau hadir disetiap mimpi malamku,
Semoga engkau akan terus berada disisiku sehingga akhir hayatku..


~SELAMAT TAHUN BARU 2010~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...